Search

-

Content

5.06.2009

kenapa? kenapa?


Bismillahir ra7manir ra7im

aku menulis ini bukan kerana subjeknya aku
tetapi ... cubalah fikirkan kemana akan kubawa

....

hati ini merintih inginkan jawapan
sedang aku sering berfikir
adakah Allah SWT kurang berkata denganku

kini aku sedar...

aku yang kurang mendengar

aku takut...
aku takut jika aku ambik tanggungjawab yang diberikan ini
aku cukup takut jika aku gagal
jika aku gagal...
aku tahu orang yang selama ini aku harapkan syafaat
dialah yang akan mempersoalkan tindak tandukku
di depan Allah SWT kelak

meremang tubuhku memikirkan ujian ini
aku tidak mampu tersenyum apabila aku memikirkan perihal cubaan ini
tapi aku tidak rela keatas diriku untuk menolak tanggungjawab ini
dan aku tidak rela meninggalkan sisi Pn.Shima yang jauh lebih memerlukan

dalam jalanku...
seakan aku berasa diriku keseorangan dengan Tuhan yang Maha Penyayang

berlainan dengan pagiku yang biasa
aku akan memberikan salam kepada burung-burung yang bermain dibelakang apartmentku
memandang ke langit dan tersenyum...
"ape akan jadik hari ini?? misteri... misteri"
tetapi sejak pagi itu
matahari cerah dan panas seakan tidak terasa
perkara yang bermain dibenak diri
membuatkan diriku mencari kepada yang Satu

setiap kali aku berada dalam kebiasaanku
bertutur dan berhubung dalam kebiasaannya
apabila seseorang sebut sahaja kata tuhan atau Allah
aku akan menangis dalam tunduk dan diamku
aku merasakan ada yang menungguku di depan pintu syahdu
hatiku merayu inginkan jawapan ....

setelah berjumpa Pn. Shima, aku tahu tiada lagi yang dapat memberiku jawapan
melainkan Tuhan yang menganugerah nikmat nafas dalam setiap detik hidupku
tuhan yang menyelamatkan aku dikala aku kesusahan dan diambang kematian

sepertimana yang selalu aku lakukan dikala hati menginginkan mati
aku duduk diatas kerusi aku
sedang hati membisik dengan bulu romaku menegak
"Ya Allah ... berkatalah padaku..."
setitik air mata jatuh hampir mengenai buku
2 titik
dan ketiganya

aku memandang buku kegemaranku...
biru lembut dan hijau ungu
tanganku menggigil...
dan sejuk tenang disekelilingku seakan semua
aku merenung buku sehingga bunyi jam disisiku tidak lagi kedengaran

aku menutup mataku menggenangkan semua air dibibir mata
hatiku berkata kedua kalinya
"Ya Allah ... berkatalah padaku"
tanganku menggigil menyelak dengan penuh harapan

tersingkap hanya dengan sekali singkapan
tidak tahu kemana Allah SWT akan membawaku

"Hadith 30. Pahala Kebajikan" *hatiku berdegup laju

hadith ke 30 dalam buku hadith qudsi dimulakan dengan sebuah hadith

dari Ali R.A: Rasulullah SAW pernah bersabda

"Allah SWT telah mewahyukan kepada Daud A.S:

Kelak pada hari kiamat akan datang seorang hamba menghadapKu dengan membawa amal kebajikan yang tertentu, maka pasti Aku serahkan segala kenikmatan syurga kepadanya.

Daud A.S berkata:
"Ya Rabbi, siapakah hamba mu itu?

Allah SWT menjawab:
"Iaitu orang mukmin, yang berusaha memenuhi keperluan saudaranya yang mukmin,
sama ada ia berjaya memenuhi keperluan itu atau tidak."

[Hadith Qudsi]


sama ada ia berjaya atau tidak
Ya Allah ... tak tertahan mataku melainkan yang termampu aku buat
ialah menangis dalam ketenangan

jawapan Allah kepadaku aku tatap hampir berpuluh kali

aku terus mencari kata-katanya yang di "italic"kan dalam buku ni
hadith huraiannya sambung di muka seblahnya kerana yang ingin aku dengar
bukan lagi dari penghurainya...
malah aku hanya inginkan Allah sahaja
hadith betul2 seterusnya

dari Ibnu Umar R.A: Rasulullah pernah bersabda

"Orang muslim adalah saudara sesama muslim, tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh menyerahkannya kepada musuh...

Barang siapa yang memenuhi keperluanny saudaranya, Allah pasti memenuhi keperluannya.

Dan barangsiapa yang dapat menghilangkan kesulitan hidup sesama muslim didsunia, nescaya Allah menghilangkan kesulitannya di akhirat.

Dan barangsiapa yang menutup suatu keaiban sesama muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat..."

[Sahih Muslim]


Allah akan memenuhi keperluanku
Ya Allah ... sungguh itu yang aku sangat memerlukan buat masa ini dengan keadaan pelajaranku yang bagai tiada jalan keluar
aku tersenyum dalam tangis ku

aku sambung lagi kepada hadith yang betul2 berikutnya

Dari Anas R.A: Rasulullah pernah bersabda

"Demi Allah yang menguasai jiwaku...

tidak sempurna iman seseorang sebelum ia mengaharapkan kebaikan bagi saudaranya, sebagaimana ia mengharapkan kebaikan itu bagi dirinya sendiri"

[Sahih Muslim]


aku tak mampu nak luahkan melainkan jika kamu semua melaluinya sendiri



kenapa sering kita abaikan kata-kata Yang Maha Esa dikala kita teramat memerlukannya


aku tahu aku bukan orang yang lengkap dan cukup untuk mengambil tanggungjawab ini
malah aku akui...
mungkin akulah orang yang paling tidak mampu untuk melakukan tugas ini dalam semua orang disini...

kepada mereka yang aku pilih...

mereka kini bagaikan nyawaku yang berdegup setiap saat hidupku mulai saat ini
tidak aku abaikan kehendak mereka
dan aku harap yang dipilih ... pertimbangkanlah dosa pahala
kerja setulus jiwa...

ayub bukanlah orang tertinggi dalam perihal ini
tapi ayublah yang akan menanggung segala dosa2 yang ditinggal dari kesan kerja ini
dan ayub jugalah orang yang paling berharap kepada mereka yang ayub angkat

cukuplah buat masa ini

carilah Allah SWT... Allah sedang menunggu dipintu langit
menunggu masa untuk mencurah kepada kita nikmatnya syurga

salam






13 comment:

lyanne37 says:
at: May 7, 2009 at 6:18 AM said...

Alhamdulillah. :) tahniah Ayub.
We will all support you insyaAllah.

aj says:
at: May 7, 2009 at 6:33 AM said...

segala kepujian berbalik kepada penciptanya

thnx... this deen really need support from beginning...

=D thnx lyanne

Azmir
at: May 7, 2009 at 6:49 AM said...

Ayub.. apehal panjang sgt? rajin tol ko ni mnulis.. ni baru update ni.. ko taip pkol 3 pg ke? huhu.. ko bleynye jd pres... Allah kan ade.. ktorg support ko nye la.. ko tau support ko gle2? name die azmir.. haha.. vote 4 ayub! peace =_=

aj says:
at: May 7, 2009 at 7:22 AM said...

hahaha azmir... aku terdesak nak menulis

this deen really need support from beginning...

thnx azmir dari ansara...

Azmir punyer roomate
at: May 7, 2009 at 5:08 PM said...

ahahhahahaha...per nih ayub...sik phm arrr ape bende nih....

junior yg buli azmir
at: May 7, 2009 at 5:12 PM said...

insya Allah. Allah akan sentiasa bersama mu(47:7)

bersamamuuuuuuuuu.....
walau dimana juaaaaaaaa....
dibilik dan di kelasssssnyaaa...
Allah sentiasa bersama mu....
(paraphrase: DIGI, 2007)

her says:
at: May 7, 2009 at 5:18 PM said...

:) iA.. ayub bolehnye.. kitorang sntiasa support..

Azmir
at: May 7, 2009 at 5:21 PM said...

huhuhu.. ble ayub nak umumkan barisan kabinet ni? dgr cte byk rombakan kabinet... ade kementerian dibubarkan ke? huhu @.@.. tp ko jgn rso la.... ktorg support gle2 nyela.. takbir3x! O.O -peace-

Azmir punyer roomate
at: May 7, 2009 at 5:24 PM said...

ele2 azmir ngan junior buli azmir nih.....ayub...papepom....ktrg support dari blkg deh..deh...hahahaha
takbir3x!!hidup ayub!!

Zendra says:
at: May 7, 2009 at 9:41 PM said...

Syabas Yub. Aunty sentiasa mendoakan kejayaan anak2 buah semua.

aj says:
at: May 7, 2009 at 11:21 PM said...

insyaAllah ... ayub doakan kebaikan kita semua...

amin ...

inas says:
at: May 7, 2009 at 11:53 PM said...

salam,

awk sediakan hadith yg sy tgh cari.
mekasih~

aj says:
at: May 8, 2009 at 6:25 AM said...

salam ,

harap dimanfaat...
peace