Search

-

Content

7.30.2009

Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dlm perkara yg tidak memberi faedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita oleh itu guna masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.


ayub setuju dengan bit terakhir ... kewajipan lebih banyak dari masa yang ada =D

No Time To Waste !!

>> Tengkiu hafiz juniorku sayang

4 comment:

SI BISU says:
at: July 30, 2009 at 4:59 PM said...

mmg sudden appearance. tiba2 update 2 blog terus!

neway, thanx for the info ye! slama ni mmg tau, tp x buat2.

igt sekejap, lupa sekejap.

sadis gila.

aj says:
at: July 30, 2009 at 8:09 PM said...

huhuhuh .... ttg sudden dissapearance itu la name die tak istiqamah ... hurmph ... kena perbaiki! ciayo!!

skit2 wa la terapkan dalam hidup... kalau tak kesemuanya ... atleast dapat pahala dalam usaha =D kite nak ke syurga kan?

hafizulkifli says:
at: August 1, 2009 at 6:29 PM said...

tq ayub...
semoga kita dpt cuba b'sama-sama utk mngamalkan apa yg telah diwasiatkan oleh beliau. Insya Allah!

aj says:
at: August 3, 2009 at 11:05 AM said...

i.A!