Search

-

Content

1.28.2011

Threading in the fray




Barangkali penulisan terlalu panjang, ada yang tersalah faham dengan persoalan yang diberikan.

1) Penulis tidak mempersoalkan patutkah atau tidak wujudnya jemaah? Penulis sangat mengiktiraf akan keperluan jemaah dalam gerak kerja dakwah. Tapi harus di ingat, bersifat terbuka dan hormatilah pendapat orang lain. Gerakan islam tidak seharusnya menidakkan gerak dakwah islam yang berlainan dengan gerak dakwahnya (Usul 20-Hassan Al-Banna)

2) Penulis juga tidak menafikan perlunya panggilan kepada jemaah, hanya ia tidak sepatutnya dijadikan hala tuju utama. Tujuan berjemaah adalah untuk memudahkan gerak kerja dakwah dan memastikan kesinambungan dakwah yang berterusan apabila terdapat pemergian seseorang/sekelompok da'ie. Ya, da'wah bukan semata untuk mengumpul jemaah. Tetapi memanggil kepada jemaah masih merupakan keperluan.

3) Penulis, hanya mahu mempersoalkan tentang gerak kerja dakwah di ****** (atau di mana sahaja), apabila 2 jemaah berbeza bertembung, banyak perkara yang mampu-wajar-baik dilakukan secara bersama, enggan dilakukan bersama melainkan bende yang sangat tak jelas, berbentuk celup-celup, nak tak nak, tak berstruktur dan tak proaktif. Mengapa ianya berlaku sedemikian? Wajarkah ianya berterusan sedemikian? Jikalau tidak apakah langkah kita seterusnya?

4) Ada yang "mungkin" terkilan dengan persoalan yang menimbulkan lebih banyak persoalan (yang complex). Siapa rasa tak mampu nak teruskan. Penulis sarankan untuk berhenti dan teruskan dengan kehidupan sebagai muslim yang dirasakan lebih selesa dari memikirkan persoalan-persoalan yang akan timbul seperti ini. Penulis tak bermaksud untuk membeban dan penulis memohon maaf. Kalau masih rasa tak puas hati, luahkan sahaja di comment section, saya tak publish dan saya akan terima.

5) Penulis nak ucapkan terima kasih kerana memberi feedback pada entri lepas, perspektif yang lebih luas lebih mematangkan kita. Penulis bukan ingin mebuktikan kebenaran, tapi sekadar mencari kebenaran. Penulis tahu, persoalan tersebut kurang wajar dipersoalkan secara public, tapi bila orang yang bertanggungjawab sering memandang enteng, bertambah dengan keadaan di ****** semakin mendesak, sesuatu harus dilakukan. Dan penulis tak dapat fikirkan cara lain dari cara ini. Semoga Allah memaafkan kekurangan diri dan ketidakwajaran diri penulis.

6) Bagi yang mengetahui jawapan dan mempunyai pandangan lebih luas dan tepat tentang persoalan ini. Penulis harap ketengahkan tanpa segan silu, penulis sangat berfikiran terbuka dan tidak mudah makan hati.Kalau ada yang ingin memberi pendapat tetapi tidak mahu dipublish, include *not to be published* dalam comment.


I hope i've done my part in this.

Allahumma, anta rabbi, wa ana a'bduk, faghfirli,
La 7awla wa la quwwata illa billah. Antal a'la.
Faqqihna fiddin, waj'alna minal muslimin.


Salam,
aj.




2 comment:

Adra Rafee says:
at: January 29, 2011 at 8:04 PM said...

salam. situasi kat ****** tu, sangat tegang ke?

a.j. says:
at: January 29, 2011 at 9:40 PM said...

tak. setakat ni baik. cuma terasa mandul dan terlalu rigid.