Search

-

Content

1.31.2011

Dear beloved dai'e



You will recognize the believers in their having Mercy for one another, and in their Love for one another, and in their Kindness towards one another; like the body, when one member of it hurts, the entire body hurts.”
[Al-Hadith]

............................................................
Question:

Salam Ayub,
Has been reading your blogs.It's good discussion. However, its unfair to judge from an one-sided opinion only. Sebagai Muslim, kena tabayyun before you make any conclusion, takut nnt kita dipersoalkan atas apa yg kita sampaikan dan lebih byk mudharat dr kebaikannya. Pls clarify on the facts that u have been written in the previous entry.

Lillah,
-Undicslosed-
Lillah, without any other intention


............................................................


Respond:

A'uthubillahi minassyaitanirrajim.
Bismillahirra7manirrahim.

Wa'alaikumussalam w.b.t.h beloved reader.


Jazakallahu khairan kathiran bro/sis. Terima kasih di atas respond, semoga segala usaha kita membuahkan hasil. Lillahi ta'ala inshaAllah.

Segala fakta yang dibentangkan adalah dari personal experience dan bukan daripada khabar angin dan kata dari mulut ke mulut. Tiada tabayyun diperlukan dari pihak saya, dan tanggungjawab untuk tabayyun adalah pada mereka yang mendengar dan mendapatkan maklumat dari entri saya. Langkah bro/sis meminta klarifikasi, inilah tabayyun. Maha suci Allah yang menggerakkan hati-hati yang ikhlas kearah kebaikan.


Regarding clarification, previous entry is quite direct, anyhow it is supported with further clarification with another entry. To the best of my ability, I've made numbers of elaboration to a point that i cant further elaborate. It would certainly help if you could narrow down to which point, so that we could grow from there.


Beloved bro/sis stressed out that judgement was made from one-side. I've included example from both sides and eventhough, number of examples were not proportionate between any parties present in example, nobody was specified in given example. Anonymity of the person quoted and party involved was not meant as mere play.


Reason behind anonymity is to made aware of what is actually happening without putting blame. Biarlah pemilik kata-kata dan perilaku yang dipetik kekal anonymous, dan saya tidak pernah terlintas mahu menyalahkan individu ataupun pihak, melainkan hanya memetik contoh dan membuat kenyataan yang diharapkan melahirkan perubahan.


Jikalau bro/sis merasakan banyak daripada contoh dipetik kena pada pihak bro/sis, ini adalah kerana mungkin bro/sis yang mengetahui siapa yang dimaksudkan, mereka yang tidak melakukan, tidak akan mengetahui. Mereka hanya mengetahui setakat apa yang dilakukan. Bro/sis yang mengetahui mungkin rasa agak one-sided. Harap bro/sis faham. Kalau masih ragu, saya akan perjelaskan lebih mendalam insyaAllah.


Begitu juga tentang klarifikasi, jika bro/sis memerlukan klarifikasi tentang siapakah yang dimaksudkan dalam konteks yang diberi, itu bukanlah suatu yang perlu dan itu adalah satu langkah yang amat bahaya. We both know where it leads to. Itu akan mengakibatkan lebih banyak kemudharatan daripada kebaikan.


Jika bro/sis memerlukan konteks yang lebih menampakkan kesama-rataan dalam mereka yang melakukan kesalahan, saya merasakan tidak perlu, malah saya tidak lagi mahu memperpanjangkan keburukan yang sudah diberikan. Kita semua (termasuk saya) bertanggungjawab mengklarifikasi keadaan di ******.


.....



Pertama sekali ingin saya perjelas, saya tidak layak untuk mempersoalkan perkara yang telah saya persoalkan sebelum ini, Allah maha mengetahui betapa tidak layaknya saya. Tetapi atas rasa cinta dan kasih keatas kebaikan terhadap saudara-saudari, saya perlu juga keutarakan perkara ini dalam kedhaifan diri, sebelum ia semakin teruk, dan sebelum saya kembali menghadap Allah Azza wa Jalla.

Saya merasakan mereka yang berjuang di Curtin tidak layak dipersoalkan sebegitu rupa atas usaha mereka yang tidak berbelah bagi demi membawa amanat Allah oleh Rasulullah yang sudah pun tiada. Setiap hari, setiap minggu dan setiap saat memikirkan kebaikan yang ingin dibawa kepada masyarakat ****** dan masyarakat seluruhnya. Bersengkang mata, berkorban masa dan tenaga, mengelurkan harta demi fisabilillah, agar tertegaknya kalimah Allah dimana sahaja mereka berada. Dan saya tidaklah lebih dan kurang dari kurang untuk menimbulkan persoalan yang telah saya timbulkan.

Umat islam di ****** adalah pico kalau bukan nano dari skala dunia islam yang serba luas. Demografi yang ranging 200 - 400 person, yang mana mereka yang mempunyai kesedaran tentang islam, yang minimum pun, mampu meraikan deen ini sebagai salah seorang masyarakat muslim walaupun tidak sepenuhnya dari aspek tuntutan kewajipan.

Sepertimana di seluruh dunia, ****** juga terbahagi kepada beberapa jemaah. Berapa, tidak perlu disebutkan. Jemaah yang terdiri daripada ikhwah dan akhwat yang sejahtera fitrah diri dan tidak kurang cinta terhadap sesama muslim, dan jemaah yang lain. Biarpun berlainan jemaah, biarpun banyak dari perkara yang sirr, memerlukan kepada kerahsiaan demi maslahat tanzim tidak dilakukan bersama, tetapi ada kalau tidak sedikit, ada perkara yang dilakukan bersama.

Tetapi Ayub mnyedari beberapa perkara yang sering di salah sangka dalam interaksi kita dalam berjemaah.

1) Mungkin ada yang berhujah Al-Wala' Wal Bara' (Kesetiaan dan pengasingan) sebagai asas muamalat kita dalam berjemaah. Which is wrong dan tidak kena pada konsep. Al-wala' atau kesetiaan pada umat islam, bukan dispesifik kepada jemaah, dan Al bara' pada musuh islam, bukan teman seperjuangan yang berlainan jemaah. Siapa yang berpandangan sedemikian, Ayub harap kajilah dengan lebih mendalam tentang perkara tersebut.

2) Mereka yang mengkritik sewenangnya pendapat, metodologi dan ijtihad orang lain tanpa mengira sensitiviti individu atau jemaah lain. Kurang mengamalkan keterbukaan sesama jemaah dan sering mengetengahkan idea mereka lebih benar tanpa diplomasi dengan pihak yang diumpat. Kalau nak berbicara dan membuktikan kebenaran, hujah dengan bersemuka dengan penuh integriti dan adab. Tetapi since ayub observe ramai masih belum benar-benar mendalami fiqh da'wah, tak perlulah mengkritik. Kadang-kala kritikan diberi pun tidak membuahkan hasil dan tidak membina(walaupun tidak ramai,tatapi ada)

3) Salah faham akan keterbukaan dan toleransi berjemaah. Keterbukaan dan toleransi berjemaah bukan bermaksud tidak masuk campur dengan hal jemaah lain.


Cuba antum semua recall, bilakah kali terakhir antum semua duduk dan berbincang tanzim dangan tanzim daripada jemaah berlainan, qa'idah sulbah jemaah masing-masing membincangkan hala tuju da'wah tarbiyah masyarakat ******, masalah keruntuhan akhlaq, dan juga masalah yang jemaah sendiri yang tidak mampu diuruskan dan memerlukan bantuan jemaah lain? Jikalau ada pun atas nama ****** Islamic Society, dan atas program makan-makan dan sambutan perayaan. Seakan disitu sahaja yang mampu di asimilasi. Apakah itu sesuatu yang patut?


Apakah kerana dasar "jemaah" interaksi kita mandul dan mati di pertengahan jalan. Hanya pada benda yang kurang keutamaannya? Cuba antum fikir apakah ini nilainya kita berbeza jemaah. Jikalau antum semua rasakan murabbi antum mengetahui keadaan antum, murabbi antum semua tidak duduk di ****** dan tidak mengetahui hidup matinya kita di ******. Kekuranga yang antum lihat, antum kemukakan kepada murabbi, dan berbincang, dan musyawarah. Apakah perlu diterima bulat-bulat arahan tanpa perbincangan dan penelitian?


Antum semua hidup dalam satu populasi yang sama. Hirup udara yang sama, makan makanan yang sama, dan sehidup semati bersama selama antum belajar disini. Kita semua bercita pada satu hala tuju yang sama. Kenapa seakan wujud unseen barrier, unspoken taboo, dimana kita memandai-mandai meletakkan garis yang memisahkan kita.


Sesungguhnya saya sedar, saya mungkin antara termuda dalam sistem tarbiyah ini. Mungkin banyak lagi yang tidak jelas. Tapi selama saya lihat keadaan berjemaah di ******, saya nampak suatu yang asing dari amalan Rasululllah dan salafussoleh. Selama mereka berkhilaf, tiada wujud jemaah yang lain, dalam mereka bercanggah pendapat. Mereka berkabilah, berbeza pendapat, tapi mampu bersatu dalam satu wadah dan satu hala tuju mengaplikasi dan menyebar risalah.


Saya tidak menyimpulkan antum semua perlu meninggalkan jemaah masing-masing, tidak, jauh dari apa yang saya maksudkan, berjuanglah dengan ijtihad masing-masing. Tapi perhatikan realiti kita semua, kenapa terlalu banyak pergeseran? Bertutup sebelah mata? dan bertepuk sebelah tangan? Itu semua atas kegagalan kita berkomunikasi sesama kita sebagai muslim.


Berapa sahaja beza antum semua, sampai terlalu ingin membezakan diri. Lihatlah keadaan kita yang semakin dhaif ini. Bergerak hanya demi kepentingan sendiri. Bila betembung program jeling-menjeling. Itu semua benih-benih syaitan yang ditanam dalam hati. Kenapa perlu menyeksa diri sampai begitu sekali.


Ada yang berkata pernah berkata kepada saya "Ini semua perkara lama, tidak perlu diungkit, cukuplah kita-kita sahaja yang mengetahui". Apakah semudah itu kita nak memadam luka-luka lama? Continue to ignore what it had done to the whole framework of this loving society? To ignore the worsening situation is nothing but a masterpiece of an arrogant ignorant.


Bilakah kita mampu melihat di mata saudara muslim kita yang tidak sejemaah, dan mempunyai sepenuh kepercayaan, merekalah yang akan menyelamatkan kita bila pedang kufur di leher kita? Daripada asyik merisaukan perkara yang remeh. Jemaah dia jemaah dia, jemaah kita jemaah kita, anak usrah die anak usrah die, anak usrah kita anak usrah kita. Memandang sesama sendiri dengan penuh syak wasangka.


Bagi yang bertanggungjawab, kita semua self check invetory kita, dimana ada ruang kompromi, dan kita usahakan untuk lebih memahami dengan bermesyuarah dengan ikhlas dan minda yang terbuka bersama saudara kita yang berlainan jemaah, dan juga yang tidak berjemaah. Sudah masanya antum mula mengiktiraf hakikat antum ingin berlainan jemaah, dan continue to grow together in common ground. Daripada continue living in denial and assume it had never happen and going no where except cutting each others throat.


Yes there bound to be disagreement, kita usakan penyelesaiaannya. One step at a time. Tidakkah sepatutnya begitu? Curtin ni kecil sahaja berbanding dunia islam yang smakin jatuh, kafir-mengkafir, bunuh-membunuh dan benci-membenci kerana jemaah. Kalau di tempat sekecil ini pun kita gagal bertoleransi, mampukah kita lakukannya di luar sana?



wallahu a'lam.


salam,
aj.







*I seriously want to hear what your thought about this, jikalau nak remain anonymous dan tidak mahu dipublish, sertakan hasrat didalam comment. Sertakan nama sekali inshaAllah

5 comment:

munadhia says:
at: January 31, 2011 at 10:52 AM said...

hmmm... you make me think alot. dunia hari ini sukar utk mencapai kesatuan. stiap jmaah punya matlamat yang hmpir sama kesemuanya. cuma, method utk mencapai matlamat kdg2 berbeza. pd firasat sy, sbb itulah berlakunya kelbagaian jmaah. cumanya, apa yg sy sedar, setiap manusia tu punya pendirian dn ego sndiri. masing2 ingin menyatakan dirinya betul dan terbaik, tidak terkecuali saya. if you ask me about jmaah mane yg terbaik, i'll answer mine. tp, dalam berjemaah juga perlu ada kerendahan hati dalam menghormati jmaah2 lain. sy x menolak andai sy dapat jemputan ke majlis ilmu yg dianjurkan jmaah lain. sbb, dari perpecahan dan keegoan, saya lebih dahagakan ilmu agama. sy sndiri dr sekolah bukan agama-based. kalau tarbiyah *** dikatakan terbaik, sy cuba rapat2 dgn orang2 ***, dan Alhamdulillah, walaupun mereka tahu sy siapa, mereka sangat meraikan malah tidak lupa untuk menjemput ke program2 mereka. even, bestfriend sy juga dr jmaah lain, tp, kami ambil pluang ni utk berbincang dan bertukar pendapat.tp, tetap wala sy pd jemaah yg sy intima.insyaallah.

in some condition kita boleh nk ber'sir' bagai nak rak, tp, dalam kondisi yg lain, hal sir ni kdg2 boleh menyebabkan ramai terasa hati. seolah2 mereka bukan milik islam, seolah2 mereka tidak termasuk sbgai org2 yg boleh memikirkan masalah ummat.

Alhamdulillah, sy syukur sgt dikurniakan ramai kawan berbeza fikrah, even chinese dan india. sy boleh dgr pandangan mereka trhadap islam. dan, itulah peranan dai'e, bukan sentiasa harus berada dalam zon selamat, dkalangan yg bertudung labuh dan berkopiah. tapi, seorang dai'e harus lbih berani dan PR kena bagus dgn semua orang. agar orang hormati dan pandang tinggi islam bukan melihat islam ni sangat susah dan rigid.

maafkan, sy tak tahu macam mana nak komen. isu sebegini memang agak sensitif. takut2, tersalah komen, lagi2 salah faham berlaku. sekadar ini. wallahu'alam.

a.j. says:
at: February 1, 2011 at 11:35 AM said...

Thanx munadhia. Barakallahufik.

Najwa
at: March 29, 2011 at 10:29 PM said...

Ayubbieee, I was thinking of the same thing too. Dah lama x baca blog Ayub. Tengah baca satu2.

hahaha =P

a.j. says:
at: March 30, 2011 at 10:50 AM said...

Najwa: jauhnye awak bace... bace satu2 pulak tu. hebatz. haih. free nye budak civil. =D

a.j. says:
at: March 30, 2011 at 10:50 AM said...

Najwa: jauhnye awak bace... bace satu2 pulak tu. hebatz. haih. free nye budak civil. =D