Search

-

Content

1.27.2011

Jemaah, Ummah dan ******




“And hold fast, altogether, by the rope Which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves.” [Al-Qur’an 3:103]

In response to my beloved sister in islam nixnadizy, at first i wanted to write this in english, but somehow it felt much more appropriate and awla' for me to write in Malay. In no way this was intended to cause any heart ache to the already salted wound in our unity at heart since centuries ago.

....

"Ayub, akak terasa sedih sangat, akak terasa tersisih sangat. Kenape kawan-kawan akak pergi usrah tak pernah-pernah nak ajak. Bila akak tanya, diorang secretive sangat, akak siap tanya dan merayu nak ikut, diorang tak bagi jugak. Hina sangat ke akak ni?"

Persoalan yang dilemparkan yang membuatkan saya menepuk dahi. *Aduh! susah nak explain* Larat ke akak ni nak bace kalau saya explain. Tapi saya lebih dari mengetahui, dakwah dan tarbiyah tidak mengira senang dan susah. Di compose juga jawapan yang mungkin tak layak diberikan oleh manusia yang masih belum kenal betapa birunya langit.

Persoalan diatas diberi oleh seorang Jane Doe yang saya kenal sebagai seorang muslimah yang baik selama pembelajaran saya di ****** (no pun intended). Mampu menyentuh hati remaja, giat melakukan kerja-kerja amal, sahabat yang setia, matang dan senior yang *mantop*

Tapi terdapat sesuatu yang membimbangkan beliau, selama dia bersama sahabat yang giat berusrah, dia merasakan dirinya *tak layak* diterima oleh sistem usrah, dan tidak diterima untuk masuk usrah. Saudari itu merasakan tersisih sehingga dia merasakan usrah hanyalah kelab2 eksklusif budak "baik". Setiap kali kawan-kawan keluar usrah, tertinggal dia dekat rumah. Bila sahabat pergi program, dia tanya nak pergi mana, dia diberi jawapan yang berselimut, pastu dia sambung " Akak, tahu diorang pergi program, tapi taknak ajak akak" *dengan nada yang sangat menyayat hati yang *inshaAllah* sudah pun lembut.

FITNAH FITNAH FITNAH. nasib baik akak tersebut utarakan kegusarannya, mungkin sekarang ia nampak kecil,tapi apakah responnya kepada badan tarbiyah jika dia jadi seorang menteri? ADUN? dan mungkin perdana menteri wanita yang pertama.


Kenapa Adanya Jemaah dan Mazhab?

Apabila diletakkan satu perkara yang sama di depan mata ,tidaklah semuanya menerimanya dalam kefahaman yang sama.

"Kembalikan tangan ke tempat asal selepas ruku'" [Hadith]

Imam A - Keadaan asal tu maksudnye masa kita berdiri sebelum takbir. Tangan kat sisi
Imam B - Keaadan asal tu macam kita asal sebelum ruku', iaitu di dada

Siapa betul. Pengikut A jeling Pengikut B, "Eh mamat ni salah ni!" Pengikut B jeling Pengikut A, "Eh this mamat is wrong!" *dalam hati lah*

Habis solat pengikut A jumpa Pengikut B , "Alo brade. You pray wrong la". Pengikut B jawab dengan gaya hustler, "eh hello, you la wrong". So siapa betul? *Jangan cuba jawab* Walau apa pun jawapan yang mungkin diberi, Rasulullah yang benar secara mutlak, dan dalam kes tersebut, hujah imam kedua-dua sangatlah tepat dan bertepatan dengan konteks hadith.

Apabila perbalahan tidak boleh dileraikan tentang siapa lebih betul, pengikut A complaint dekat Imam A dan pengikut B pun melakukan yang sama. Bermulalah episod persidangan Imam A dan Imam B yang menggunakan segala keupayaan berdiscuss dengan segala method kajian hadith yang sangat kompleks dan memakan masa kadangkala bertahun. Dengan cara yang lebih sopan dan terbuka berbanding pengikut-pengkiutnya. Konklusinya, dua-dua tidak mampu meyakinkan satu sama lain. Akhirnya mereka sebulat suara untuk "Agree To Disagree"

Bermulalah generasi Khalaf(Berselisih), yang sekarang terdiri dari mazhab-mazhab seperti Mazhab Shafie, Hambali, Hanafi, Maliki dan beberapa mazhab yang ada yang tidak berapa dikenali. Semasa awal zaman khilaf, mereka agree to disagree. Respecting each other opinion dan tidak memaksa satu sama lain menerima pendapat mereka. Pendapat di pegang atas dasar kefahaman dan bukan atas fanatisme. Ini kerana islam adalah agama ilmu dan bukan sentimen.

....

Khalaf Jemaah dan Perpecahan

Apakah terdapat perbalahan antara Ulama' Khalaf? Tiada melainkan dengan pengikut fanatik yang jahil tentang kepentingan kesatuan. Pada zaman khalaf masih terdapat Khalifah dan semua tunduk patuh kepada khalifah didalam kebenaran dan tidak berbelah bagi dan mengutamakan jemaah masing-masing.

"Peganganku pada hadith yang sahih, jika terdapat hadis Rasulullah yang sahih, maka pendapatku diketepikan dan peganganku adalah hadis yang sahih tersebut" [Imam As-Syafi'e]

Kata-kata tersebut merupakan satu pembuka mata semasa pengajian awal saya kepada sistem bermazhab dan beramal atas satu-satu pendapat mazhab. Very direct and eye opening.

Beratus-ratus tahun selepas pemergian Imam Khalaf, lahirlah golongan yang memegang pendapat berbeza, berfanatikkan pendapat Imam tertentu, and DISAGREE TO DISAGREE. Orang macam ini, kita letak jauh-jauh dan tutup telinga je kalau mula menyuarakan pendapat mazhab lain selain mazhab dia. Kadang-kadang bingit telinga dengar. Di negara tertentu, fanatisme kepada school of taught dan maulana tertentu mengakibatkan pertumpahan darah seperti di pakistan, bangladesh, dan india.

Yang lebih teruk lagi, ada yang melabel "kafir" kerana berpendapat berbeza dalam hal yang berselisih, especially dalam perjuangan siasah politik (siasah barat plak tu)

.....

Salaf

Salaf pula adalah golongan sebelum Khalaf iaitu zaman salafussoleh, golongan awal di zaman sahabat, tabi'in dan itba' tabi'in. Sekarang lahir golongan mereka yang berpendapat untuk kembali mengikut cara Rasulullah atas dasar hujah atas hadith dalam segala permasalahan fiqh dan tidak sebulat hati pada pendapat mazhab secara keseluruhannya. Amal atas hujah. Itu lebih tepat.

Pendapat yang saya sendiri merasakan cara yang lebih tepat adalah cara pihak salaf. Tetapi walaubagaimanapun ,pihak salaf di Malaysia amat terkenal dengan cara mereka yang sangat keras dan terlalu memaksa. Isu seperti isu tahlil sangat famous di kalangan ulama' salaf yang membuatkan ramai warga muslim di Malaysia tak senang duduk, walaupun hujahnya tepat dan konkrit dan hampir mustahil disangkal, tapi penyampaian yang lebih selamat dan efektif perlu difikirkan.

Walaubagaimanapun, pandangan jujur saya tidaklah salah mengikut mazhab. Kerananya, tidaklah semua muslim mampu memahami Hadith, ilmu Ar-rijal, sanad dan matan, dan ada yang masih tidak mampu memerhati klasifikasi hadith untuk mengabil kira satu satu pendapat. Ada baiknya bertaqlid (ambik buta-buta) pendapat Imam-imam khalaf dengan SYARAT, tidak berlaku fanatisme dan berkeras atas kebenaran mazhab tersebut.

Dan bagi yang mampu untuk mencari kebenaran, Islahkan diri dan perbaiki kekurangan dalam beribadah dengan memperkayakan diri dengan bacaan hadith dan mencari ibadah yang lebih sahih. Bukanlah saya suggest, imam-imam khalaf banyak yang tak tepat, tapi, zaman khalaf tiada himpunan hadith-hadith sahih sepertimana yang ada sekarang. Imam shafie pula perlu mengembara berbulan-bulan just untuk memastikan kesahihan satu hadith. Sekarang ni banyak penulisan yang mengkaji semula pendapat khalaf dan mengutaraka pendapat yang mungkin lebih tepat.

....

Usrah, Campus dan Jemaah

Sepertimana mazhab terlahir, begitu juga bagaimana Jemaah Usrah terlahir. Atas ketidakmampuan peneraju sesuatu gerakan dakwah untuk bersepakat dalam gerakan. Maka terbahagilah kepada berbagai tanzim dan platform jemaah. PAS, Jamaat At-Tablighi, JIM, AUSIS, ISMA, PAKSI, dan berbagai macam lagi NGO dan platform. Tanzim(Jawatankuasa) yang berbeza mengakibatkan komplikasi dalam berdakwah secara umum di mana-mana sahaja mereka bertembung.

Persoalan, yang selalu timbul, "Eh die tu ikut usrah, apesal kita pergi program umum tak pernah pun nampak batang hidung?". Aduh susah nak jawab ni, so bagi senang jawab, "Mane ade batang kat hidung =)". Masalah sering berlaku apabila cuba diexplain hakikat sebenar, kalau tak serious nak tahu, lebih baik tak perlu tahu. Just ikut raikan dakwah tanpa perlu tahu hakikat PEPECAHAN jemaah.

Sampai manakah perbatasan yang perlu dijaga, dan dimanakah toleransi kita dalam menghadapi jemaah berbeza. Sehinggakan main futsal pun tak boleh bersama. Ouch!. Sampai begitu sekali ke? hampagas! Ada pula badan usrah yang terlalu ketat dalam menerima ahli usrah, tapi persoalan keberkesanan mungkin timbul, tapi apa kita nak buat apabila fitnah timbul dalam diri Jane Doe diatas tadi. Persoalan saya sebagai ahli mentah kepada dua badan usrah di ****** yang pernah berkonflik satu masa dahulu, kenapa tak boleh duduk semeja dan bincangkan dengan baik dakwah islam yang ingin digiatkan dengan semangat.

Sorang buat qiyam, yang lagi satu pun qiyam jugak, sama cara tidur, sama cara tahajjud, sama-sama baca ma'thurat. Mengapa tidak qiyam sekali? "Oh tak boleh! Tak boleh, ni kan sesi pengikat hati sesama ahli usrah.". Saya jawab *dalam hatilah* "Jikalau tak usrah, tak boleh diikat hati ke?". Ye benar ada perkara yang perlu kepada kerahsiaan, tetapi kenapa seakan tiada usaha mencari point of common.

Buat program tarbiyah, program yang sama, tidak banyak la bezanya. Cumanya nak kena buat dua kali, oleh orang berbeza, pada waktu yang berbeza tapi objektif dan material sama. In my opinion, sangat tidak produktif dan membazir masa dan tenaga sedangkan program mampu dihimpunkan dan dilakukan bersama. Tapi kenapa tak boleh buat sama-sama? Mane yang tidak boleh dibuat sekali wajarlah pisahkan. Tapi banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bersama, tetapi tidak dilakukan bersama atas dasar Jemaah.

Ada yang takut berbincang dengan jemaah lain kerana takut kena curik idea, curik jemaah, curik anak usrah. Israel boleh amanatkan Amerika untuk menjaga perihal Israel di persidangan UN, lain agama, lain bangsa pun boleh bersatu sampai macam begitu sekali. Sampai bila kita nak matang dari pemikiran jemaah yang diperguna secara asabiah.

Jemaah pada hakikatnya adalah wadah dan metodologi untuk memudah gerakan dgn tersusun dan memastikan gerakan lebih efisien. Tapi sekarang, kalau ada dua jemaah yang terlalu ke-kita-an sangatlah redundant dan merungsingkan.

Ada yang mungkin tak bersetuju dengan pendapat ayub yang mentah dalam tarbiyah ni, tapi apakah mungkin kita usahakan kearah kesatuan? Tidakkah boleh? Duduk bincang, apa patut kita buat sebagai muslim di kampus.

Dalam dua-dua pihak sibuk melayan ahli usrah sendiri, apa jadik kepada remaja muslim di ****** ? Cukupkah dakwah umum seminggu sekali itu?

Sengaja saya habiskan penulisan dengan pertanyaan. Mungkin kerana memberikan impak yang lebih dan mencetus pemikiran yang berterusan. Buat mereka yang kisah. Carilah kesatuan, hormati perbezaan, hindarkan perbalahan. Jemaah adalah keperluan, Ummah adalah tujuan.



“Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya” [al-Quran 42: 13]


salam,
aj.

*maaf kalau bunyinya santai. Topik panas*
tambahan >> saifulislam


20 comment:

lyanne37 says:
at: January 27, 2011 at 2:51 PM said...

salam brother,

Pada pendapat sy yg masih kurang ilmu ni, apa yg perlu kita buat ialah mengajak org kepada Islam. Bukan pada jemaah, persatuan atau sebagainya. Kekuatan Islam itu pada hati-hati yang bersih & beriman bukan pada keahlian dalam persatuan atau sebagainya.

wallahu'alam

Khaleed-Ibn-Waleed
at: January 27, 2011 at 3:06 PM said...

Dengan Asma' Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Dia lah satu-satu Nya tuhan(Allah) yg disembah.

Mungkin apa yang terjadi pada sahabat dlm situasi diatas sama dgn situasi Ummi Maktum yg seorang buta dan miskin.Ummi Maktum dtg kpd Rasulullah dlm keadaan berminat ttg islam tetapi Rasulullah lebih memberi perhatian kepada pembersar-pembesar Quraisy pada ketika itu. Lalu Allah menegur Rasulullah dlm surah Abasa [HQ 80:1-11].

Harap perkongsian ini bermanfaat.

deklindot
at: January 27, 2011 at 3:08 PM said...

Salam...selalu memikirkan bnda ini..really good explanation from u..izinkan share untuk kwn saya :)

kash_tunai says:
at: January 27, 2011 at 4:10 PM said...

panjang nye.. sy pon pernah dengar permasalahan ni.. ternyata sikap asabiah tu mmg wujud kt segelintir org... rasenye masalah ni dah lama disebut di ******...sampai kn ade golongan yg jd anti usrah sbb ade golongan usrah yg terlalu asabiah..

sgt setuju ttg kesatuan tu.. plus apa guna satu kumpulan je yg jd baik.. selebihnya masih hanyut dgn khayalan..

Z says:
at: January 27, 2011 at 4:23 PM said...

panjangnyeeeeee

but I read.

thanks Ayub

munadhia says:
at: January 27, 2011 at 5:48 PM said...

aj! tqvm 4 this. insyaAllah, i'll write sumthing again in my blog regarding this-perhaps. nanti2 insyaAllah, saya share about how 4 d first tyme budak sekolah sekular mcm sy boleh terjebak dgn usrah. tp, gv me some time. nk bersiap utk blik ke besut malam ni. thanx yep! got some idea from ur writing.

arigatou ney! but one thing, masih x dpt knal pasti which 'one' is yours. ;p nvm, which ever sekalipun i know that u love 'UNITY' kan2?! =) me too then! smpai sini, trima kasih lg!

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 6:51 PM said...

lyanne: cukup benar sister. Enti benar dan betul. Jemaah, dan persatuan adalah tempat satu kelompok manusia menggembleng tenaga ke arah satu objektif. Jemaah itu penting untuk untuk mencapai objektif, iaitu memudah gerakan dakwah dan memastikan kelancaran dengan adanya kerjasama sesama ahli jemaah dan natijahnya, mengagungkan kalimah tauhid.

Bende yang susah akan menjadi mudah, kekurang dapat ditutupi, dan kebaikan dapat dirai, kejatuhan boleh dimotivasi, dan tanzim yang diterajui mereka yang bijak dapat membantu mengarah strategi dan meletak halatuju.

Bayangkan begini, manusia yang berakidah sejahtera dan sedia untuk commit kepada da'wah fi sabilillah, semua mereka adalah potensi, ibarat busur berisi panah, tanzim meastikan semua busur membidik target yang sama lebih utama dahulu dan memastikan ianya tepat pada sasaran. Gerakan jadi focus, dan bende yang direct dan focus tak boleh berlaku tanpa adanya tanzim dan usaha jemaah yang persefahaman. Maka jemaah itu sangat perlu

Tapi persoalannya, apakah jemaah perlu menjadi penghalang kesatuan dimana boleh ada kesepakatan dengan jemaah lain? sehinggakan jemaah itu sendiri mula menjadi satu medium perpecahan dalam satu2 kelompok muslim?

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 6:54 PM said...

Khaleed Ibn Waleed: wow nice name =) Mungkin juga.

Anyway, didalam surah abasa itu bukan Ummi Makhtum sebab ianya muzakkar, lelaki buta itu adalah Ibn Ummi Makhtum, anak lelaki Ummi Makhtum yang juga seorang buta.

Thanks for the words of thought.

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 6:58 PM said...

deklindot: jangan fikir banyak2. nanti gugur rambut =D Perubahan hanya boleh belaku dengan muhasabah. Muhasabah hanya boleh dilakukan dgn mengetahui baik & buruk. Lepas mengetahui, mungkin baik di muhasabah dan deperdalami sehabis boleh.

Semoga kita dapat bergiat dengan lebih bertoleransi dan lebih bersepakat dalam mengislahkan hati2 kawan2 di ******

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 7:05 PM said...

kash: hehe, ha'ah kan, its meant to be for serious people with serious business, with real motivation. memang sengaja letak panjang2, bawah2. cube kalau nak crite in person, muntah kot orang yang nak mendengar.

Penulisan ni bukan bertujuan untuk menuding jari. dan bukan juga nak menghukum. Jauhlah islam dari agama menghukum. Objektif wadah ini bukan nak mengenakan sesiapa, tapi nak menimbulkan persoalan pada diri2 yang mungkin terlepas pandang persoalan dan melahirkan solusi kepada masalah sosial di ******.

Tiada orang yang benar2 baik, dan benar2 jahat, tapi banyak kesalahan yang wajib diperbetulkan. Yang hanya mampu dilakukan oleh golongan muslim yang bersatu.

Mungkin ini semua Allah atur untuk kita perhati dan perdalamkan. Semoga Allah menunjukkan jalan2 yang benar bagi hamba2nya

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 7:06 PM said...

Z: hahaha =) bagusnye bace.

Ape la ayub merepek meraban ni. Kalau tak faham buat tak tahu je. Kalau faham, jangan buat tak tahu =)

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 7:09 PM said...

munadhia: terima kasih kerana menulis, at first ayub memang nak tulis, tapi memikirkan senstiviti, asalnya tidak jadi. tapi saya terfikir, apa saya nak jawab kalau Allah tanya.

jadi saya suarakan, dgn lebih menjaga sesitiviti dan lebih tertutup. Thanx, arigato, Moga Allah reward enti kerana menginspirasi penulisan ni.

hafizulkifli says:
at: January 27, 2011 at 7:34 PM said...

Setuju dgn liyana. Mmg jemaah itu penting tp apa gune jemaah kalo masyarakat yg disekelilingi kita lg individu2 yg xpernah memikirkan ttg Islam itu sendiri. Jd alangkah baik nya jika Kira lebih t'tumpu mengajak kpd Islam. Bkn kah lebih mudah utk bina jemaah jika sudah ada individu2 Islam. Dan membina individu2 Islam itu bkn nye seperti membancuh air. Hehe
Seperti yg dijelaskan oleh saudara khaleed Ibn waleed, Islam itu utk semua. Terpulang kpd manusia itu sendiri utk memilih yg haq atau batil.

Sekadar pendapat.

Adra Rafee says:
at: January 27, 2011 at 9:55 PM said...

salam. nape tak de butang LIKE? :) izin share.

penat fikir nak tulis pasal benda ni cam ne. kat UIA sendiri benda ni berlaku. dan ada juga antara kawan dan kawan berselisih pasal benda ni sampai kita jadi terfikir 'inikah Allah nak?'

and ada brother and sister yang kawin tapi lain usrah atas sebab nak tunjuk lain jemaah pun boleh bersatu asalkan ada toleransi dan persamaan.

kalau fikir pasal persamaan, banyak sangat sebenarnya. dan sebab perpecahan yang dulu2 pun tak berani nak tanye. takut diperbincangkan dengan emosi.

wallahu a'lam

aiyine says:
at: January 27, 2011 at 11:26 PM said...

thanks for sharing ayub.well explained.

isu ni dh lama berlegar2 di minda sebenarnya tapi terlalu berat utk diterjemahkan buat tatapan umum.

yang penting di sini ialah kesungguhan individu sendiri mencari ilmu.

mana mungkin penggerak dakwah tenang gembira melihat remaja2 lain hanyut. kalau ada kemampuan rasa nak gapai semua bukakkan mata tunjukkan jalan yg sebenar-benarnya. tapi tulah..kemampuan manusia terbatas walaupun dia dah buat sebaik mungkin.

mm dan sangat penting juga penggerak dakwah mengelak dari berlakunya fitnah terhadap Islam. manusia yg buat salah..tapi dakwah Islam pulak yg diburukkan.

just my 2 cents..moga2 Allah berkati usaha kita..moga2 dakwah di****** semakin berkembang biak kelak insyaAllah.

a.j. says:
at: January 27, 2011 at 11:53 PM said...

hafiz: jemaah dapat membantu dalam melancarkan proses membina individu.

Apabila sudah terdapat 2 atau lebih individu muslim yang memahami kepentingan da'wah dan tarbiyah, wajarlah individu-individu muslim bergerak dan berganding bahu untuk melaksanakan tuntutan berda'wah. Maka lahirlah jemaah.

Tetapi benar, objektif membentuk jemaah adalah melancarkan, memudah dan menyatukan gerak kerja dalam memanggil manusia kepada islam.

Ayub tidak menafikan mana2 badan islam bahawa objektif utama mereka adalah selain dari memanggil kepada islam, tapi ayub mempersoalkan kesemua jemaah yang wujud di ******, adakah kita terlalu berkepentingan and berorientasikan jemaah sendiri dan tidak mengusahakan kesatuan dimana ianya boleh dilakukan bersama jemaah lain?


individu yang islam sudah pun ramai di curtin, jemaah pun sudah ada, cabarannnya sekarang,since kita tak mampu nak bersepakat untuk bersebumbung dalam satu jemaah,so now, bagaimana kita boleh mengusahakan lebih banyak perkara bersama, mencari common ground, membuka jalan kepada kesatuan dimana sahaja gerak kerja yang kita mampu, dan menutup jurang jurang perbezaan yang jelas lagi nyata.

Ayub sedih kerana,2 jemaah besar di ******, tidak pernah pernah benar2 mengusahakan untuk duduk berbincang bersama tentang maslahat umat islam di ******. Kalau ade yang buat bersama pun, kurang proaktif dan tak begitu serious. Sedangkan jika disatukan gerak kerja, tenaga kerja dan tenaga ilmiah bernilai 2 kali ganda dari kapasiti asal.

Lebih teruk dari itu, Ayub terkilan mendengar ade orang memerli jemaah lain,

"Oh diorang tu, terlalu pentingkan mengumpul jemaah, tengok la hasil diorang. Asyik buat program je, last2 jadi sekadar program je. Natijahnye pun, boleh tengok sendiri lah budak2 tu. Budak ramai, tapi hasil, cemtu2 jugak"

...

Mungkin kita tidak sependapat dengan cara mereka, bukankah baik kita berlapang dada dan terima dengan baik cara yang dilakukan, after all cara mereka bukanlah cara yang salah untuk berdakwah, itu adalah approach yang mereka(atas dalil) rasakan appropriate. Kenapa kita rasa pendapat kita lebih betul dari mereka, sehingga direndahkan cara mereka?

Berkali2 ingin ayub stress, jangan tengok orang lain, kita tengok diri kita. Jemaah tabligh pun mempunyai dalil diatas hadith, walaupun mereka banyak menggunakan hadith daif dan kadangkala palsu, tapi keadaan semakin baik, mereka kini mempunyai kitab dipanggil muntakab ahadith yang lebih baik kandungan hadith2 nya berbanding fahilat amal.

Manusia akan terus belajar, murabbi kita akan berlajar dan terus belajar dari kesilapan. Malahan teras kempimpinan ikhwanul muslimin berterusan menjalani pembaikian even sejak zaman Hassan Al-Banna lagi. Hassan Al-Banna telah menghantar tentera ikhwan ke palestin dan kemudian menarik semula tenteranya kerana merasakan ia bukan langkah sesuai.

Mungkin kita semua tidak sama dari segi wadah dan metodologi, tapi tak boleh ke kita usahakan sesuatu bersama dalam masa yang sama bersikap terbuka dan menghormati pendapat jemaah lain. Tanpa mengira apa sahaja pegangan jemaah kita?

Kenapa jemaah seakan2 punca perpecahan, rather than tempat kesatuan?

Sekadar memberi pendapat dan mencetus persoalan.

Wallahu a'lam

A'bdullah,
aj.

a.j. says:
at: January 28, 2011 at 10:26 AM said...

adra rafee: hurmph satu approach yang baik untuk mengurangkan jurang perbezaan. Sebenarnye bukan tanggugjawab kita untuk mencari punca2 perbezaan. Tu biarlah apa yang Qader2 dan murabbi masing2 tentukan. Tapi perlu diperjelaskan, jemaah tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan. Sehinggakan kepada sekecil2 perkara, terlalu kedekut untuk dilakukan bersama. =) thanks for sharing. at least kalau ada berlainan dalam pendapat, kita boleh dengar.

Kita takkan betul semutlaknya, tapi permasalahan akan menjadi lebih jelas. Kita salah orang betulkan. Kita salah pandang orang tunjukkan.

a.j. says:
at: January 28, 2011 at 10:27 AM said...

aiyinie: insyaAllah amin.

Anonymous
at: January 28, 2011 at 6:21 PM said...

masyaAllah. terima kasih ayub . sy tersentuh dan mengalirkan air mata membacanya.. semoga ayub dan sahabat2 di Curtin terus bersatu.dan bersama2 membantu muslim disana.
Jgn kita sombong dhn ilmu yg ada, dan tidak memikirkan org lain. mungkin kita fikir sejenak tp, kita ttp berpendapat kita benar. namun, pernahkan kita berada di tempat mereka. mereka yg merasakn diri nya tersisih.

syukran ayub, semoga Allah tabahkan, kuatkan semangat ayub dan rakan2 di curtin.

a.j. says:
at: January 29, 2011 at 9:51 PM said...

Allah praise belongs to Allah. =) i hope so too. amin.