Search

-

Content

5.06.2011

Jatuh Cinta Lagi.



Assalamu'alaikum. Ingin diriku admit. Bahawasanya, hari ini aku jatuh cinta lagi. Allah!!! Kenapa Ya Allah ?!! Kenapa mereka terlalu baik. Hari ini, aku ingin mengingat kembali dan mencatat kebaikan manusia yang ikhlas di jalan Allah, yang dimana diri-diri mereka telah memilih jalan untuk mencintai diriku, kerana cintanya yang tulus murni dan tidak berbelah bagi kepada Allah Yang Maha Pengasih.


Hari ini ada seorang ikhwah dari semenanjung datang mengunjungi kami, demi memenuhi jemputan yang last minute, kami pun bersiap-siap dengan tergesa ke tempat pertemuan, dengan pilot yang tak cukup credit, dan seorang lagi masih di bandar, kami pun cuba sedaya upaya untuk tiba tepat pada masanya. Dengan takdir Allah, dalam kami bergegas, terdapat dua buah kereta yang tersadai di tepi jalan dan sedang kami mengejar trafik light yang hampir kuning, dengan tiba-tiba hilux yang berhenti tukar lane. Bergegarlah bandar miri dengan bunyi skid tayar kereta kebal iswara aeroback yang ikhwah Curtin sering manfaatkan dalam kerja dakwah. "Pom!" tercium punggung Hilux.

Aduh!!!. Bagaimana ni. Dengan takdir Allah, pemilik Hilux tu membuka pintu sebesar 5 cm untuk 3 saat. dan kemudian menutupnya kembali seolah tiada rasa ingin tahu dan keinginan menuntut ganti rugi. Persoalannya,"jeng jeng jeng" kenapa dia tidak mahu keluar dan menuntut ganti rugi, malahan tengok tempat ciuman pun enggan. Maha suci Allah yang mengerakkan hati-hati manusia. Biarlah misteri tersebut Allah yang sahaja yang mengetahui.

Kemudian, kami semua gusar sebentar, apa yang hendak dikatakan kepada naqib, kereta yang dia pinjamkan asalnya baik rupa paras, mempunyai kening baru sepanjang 5 cm. Allah, tidak mengapa balik dari sharing session kelak, kami sudah berpakat ramai hantar mesej tanpa memberitahu siapa driver yang bertanggungjawab. Kalau kena marah pun, jangan sorang-sorang kena.

Sharing session oleh ikhwah berumur lebih 40 tahun tersebut sangat menyuntik jiwa. Husnuzan nya dan optimisnya diri beliau dapatku rasakan dalam ketenangan atur bicaranya dan senyumnya yang tidak putus. What a warm feeling vibe. Beliau membina tanpa perlu mengkritik, tadi, aku benar-benar merasakan adnan sempit telah mengeluarkan ungkapan yang tepat. "Dalam hati ada taman". dan, Taman hatiku telah berbunga sehinga aku merasakan embun dari bunga-bunga itu bakal mengalir dikelopak kelopak mataku. Allah. Kalau diceritakan di post ni, novel la jawabnya. Mahasuci Allah yang melahirkan didunia manusia yang hanif dan tulus untuk aku terus berjumpa dan merasakan cinta mereka.

Tidak cukup dangan itu, cara peluknya lain dari kebanyakan ikhwah, kebiasaanya, ikhwah akan salam dengan tangan kanannya, dan terus memegang tangannya sedang mecium pipi kiri dan kanan. Berlainan dengan beliau, disalam dahulu tangan, kemudian memeluk dengan meletakkan kedua tangan di belakang, di garapnya tidak terlalu keras, tanpa menimbulkan ketidak selesaan, dipeluknya tidak terlalu lembut, tanpa timbul rasa kejanggalan. Penuh rasa hormat, penuh rasa kasih sayang, penuh rasa ukhwah. AAaaaaa. Jatuh cinta lagi. Cukup-cukup. tak tahan asyik dicintai, kerana cinta seperti itu tak mampu untuk dibalas.

Setamat perjumpaan yang agak lewat. Kami pun menuju ke Selera Rasa Segar, antara beberapa restoran halal yang bukak 24/7 di Miri. Kebanyakan kami berpuasa, cuma tak sempat dinner. So kena lah tebus talak. Malam ni tak boleh makan burger, semalam dinner dah makan burger. Kena jaga pemakanan. Ustaz Saifulislam menyedarkan diriku tentang aset terbesar dakwah. Kesihatan. So nak tak nak, makan dekat bandar jugak. Sesat sana sini, jumpa juga SRS, eh itu bukan kereta cikgu Amir. Jumpa lagi ikhwah, rupanya, diorang pun baru nak dinner, Subhanallah. So dalam makan-makan itu, saya order makanan yang sedap-sedap, tetapi duduk berasingan meja sebab tak muat. Pastu tahu-tahu, Cikgu Amir dah belanja. YA ALLAHHH!!! KENAPA BAIK SANGAT IKHWAH IKHWAH NI. Aku jatuh cinta lagi.

Dalam makan-makan, hint dekat Izzat, macama mana ni, nak bagitahu naqib? sms je la ramai-ramai tentatng accdent tu. Dengan kehebatan ayat-ayat yang disusun rapi dengan hati yang berdebar-debar memikirkan apa respon yang akan diberi.

Message replied "Wasalam, ok noted, Alhamdulillah, antum semua selamat." Tak tanya pasal kereta, tak tanya pasal insuran, respon pertama adalah "antum" ...ha~!
"ANTUM"

AAAAAAAAAAAAAAA!!! tidakkkkk !!! Aku Jatuh Cinta Lagi. Kenapa perlu dicintai sebegini rupa. Selama aku di Sarawak sekian lama, tiada manusia yang mampu mencintai diriku sepertimana cinta ikhwah.

T________________T ... berjujuran air mata.

kenapa baik sangat ikhwah ni. Semalam hampir menangis aku hendak cerita tentang pengorbanan ikhwah dekat liqa jemputan. YA ALLAH. Janganlah engkau sia-siakan usaha mereka dengan menjadikan aku fitnah kepada agamaMu.

Apa kira aku bertemu dengan Rasulullah. Aku sedar mengapa manusia sanggup bermatian demi Allah dan Rasulnya. Jikalau aku disuap Rasulullah walau sekali, aku takkan mengharapkan makanan yang lain melainkan makanan yang disuap Rasulullah.

full stop. tak boleh teruskan. takut menangis lagi.


-----------------------------------------------------------------------

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika menziarahi kubur, yang bermaksud: “Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu.

Lalu Nabi SAW bersabda: Aku teringin sangat melihat saudara kita. Sahabat bertanya: Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang. Aku adalah jaminan yang akan membawa mereka ke telaga.

Sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda: Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Ya.

Baginda SAW bersabda: Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wuduk.”

(Hadis riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Baihaqi disahihkan oleh al-Albani)

-----------------------------------------------------------------------




wallahua'lam,
wasalam.






9 comment:

pemburu syurga
at: May 6, 2011 at 2:48 PM said...

Dalam setiap perkataan doa rabitah, bayangan akhwat/ikhwah jelas di mata, hati tertaut pada setiap mereka, kuat pegangan moga sampai syurga~
walaupun jauh di mata, dekat di dalam doa insyAllah...

Allahlah yang paling kuat, paling utuh,
jadi, cinta apakah lagi yang lebih utuh selain cinta atas cintaNya

Allah, manisnya iman~

Bintu Rafee says:
at: May 6, 2011 at 5:56 PM said...

manisnya ukhuwwah... :)

a.j. says:
at: May 7, 2011 at 9:36 PM said...

pemburu syurga: beautifully put. Indeed iman is sweet.

Bintur Rafee: sangat manis.

Thinker says:
at: May 8, 2011 at 1:15 PM said...

hoi! jatuh cinta lagi??? ehek ehek eheekkkk... meh yan suap meh.. hahahhaa.... :p
iman sweet???? hurmmm ckp psl iman.. teringat plak abg iman... abg iman agak weird la lately... yan kacau dia but no respond plak... geram ajeee... hahahha... but anyhow.. abg kne ready kn beautiful speech utk azyan for abg iman's wedding.. thanks ;D luv ya so much brother!!

a.j. says:
at: May 8, 2011 at 5:18 PM said...

inshaALlah. boleh boleh. dah call die ke blom?

lyanne37 says:
at: May 9, 2011 at 2:29 PM said...

its a nice post ayub. Alhamdulillah.=) semoga terus istiqamah, insyaAllah!

Saladin
at: May 10, 2011 at 7:51 PM said...

amin. enti juga.

Yana dah tak update blog ke?

Thinker says:
at: May 10, 2011 at 9:46 PM said...

eeeeekkkkk! hehehehe... dia sms yan.. ngeh ngeehhh... hehehehehheheehehhehehe...

a.j. says:
at: May 10, 2011 at 11:10 PM said...

so? ada jumpa tak akak tu? tell me everything