Search

-

Content

10.09.2011

=) happy nye.

Ada satu kedai cina di depan rumah. Saya sering beli air 100 plus botol dan biskut dekat kedai tersebut. Kedai itu memang famous dgn ketidak sopan santunan di kalangan sahabat di Curtin. Bila ditanya ada yang tidak puas hati, dan ada yang sudah boikot kedainya. Tidak kurang juga saya, kita datang nak beli barang, di campaknya duit baki pastu tak pandang =D tapi saya tidak berhenti membeli ke kedainya, mengharap satu hari dapat mengukir senyuman dalam dirinya dengan memberi senyuman setiap kali berjumpa dengan dia. Sehingga satu tahap, saya sedar saya beli air disitu bukan semata untuk membeli air, tapi sekadar nak jumpa dia, nak cuba senyumkan dia, padahal boleh sahaja beli di Restoran Cahaya Taufik betul-betul di sebelahnya.

Hari ni saya sangat bahagia, dia senyum dekat saya =D Sebab sebelum bayar saya senyum LEBAR-LEBAR! pastu dia nak capai plastic, saya cakap "Eh takpe takpe, tak perlu plastic" wah dia happy =D dia kata, "awak orang a, bagus, tak pakai plastic, banyak pakai plastic a, masuk bumi lama baru hilang" ... Wahhh saya happy dia cakap dengan saye =D happy gile. tapi muka dia garang, masih gerun, dan dia cakap tak selisih mata, malu barangkali. Saya pun jawab "yea la uncle, kalau ramai orang pakai plastic, semua orang pergi kedai tiap hari, rosak bumi". Uncle tu jawap, ya lo, tengok ini plastic *menunjuk ke arah longgokan plastic* sudah lama tara ganti wo, semua tak mahu guna plastic" saya pun jawab "wa selalu dulu manyak kali tukar ke uncle", dia kate "Ya lo, ini *dia tunjuk dekat rokok tidak berlesen yang harga kurang dari 3 ringgit*, beli 2 kotak mahu plastic, aiya. Lu orang bagi saya jimat. Bagus" .

Saya pun happy =) pastu dapat share air root beer yang pernuh berkat dengan Nodon Amin Azmir dan Azam. =D lagi lah happy saye. .

Ok tu je. nak share kebahagiaan hari ini, untuk mengubati hari esok.ok lah time to work. Semoga happy selalu. Salam.

3 comment:

Jamil says:
at: October 10, 2011 at 3:23 PM said...

:)

Umairah
at: October 11, 2011 at 8:10 AM said...

Wa loooo ....bubu kadang macam tu juga. Kalau org selalu masam tak senyum ibu akan terus berusaha untuk dapatkan org tu senyum.

a.j. says:
at: October 11, 2011 at 12:05 PM said...

yes indeed. i learn that from u bubu!