Search

-

Content

10.10.2011

Milikku MilikMu


Hidup ini milikku. Sedang diriku milikMu. Maka hidupku juga milikMu.
Perlakukan daku seteruk mana wahai tuhan. Aku tetap milikMu.
Hancur luluhkanlah hatiKu. Sesungguhnya aku kekal milikMu.
Ujilah daku dengan sebaik-baik manusia. Sesungguhnya aku milikMu.
Ujilah daku dengan secantik-cantik manusia. Sesungguhnya aku kekal milikMu.
Ujilah daku dengan sekaya-kaya manusia. Sesungguhnya aku kekal milikMu.
Ujilah daku dengan fitnah nafsu dan syubahat yang menggila. Sesungguhnya aku tetap milikMu.
Ujilah daku dengan kekayaan dunia. Sesungguhnya aku kekal milikMu.
Ujilah daku dengan duniamu. Sesungguhnya hatiku, kekal selamanya milikmu.
Ujilah daku dengan dosa, sesungguhnya taubatku milikMu.
Walau 9/10 hidupku penuh dosa, 1/10 ketaatan hidupku itulah sahaja yang akui sebahagian dari diriku.
Kerana hidupku hanya untukMu.

kini, benarkan daku kotakan janjiku.
Aku tidak tahu apa menanti diriku di persimpangan jalan.
Jikalau dihadapan menanti simpang ke neraka.
Jemputlah daku sekarang juga.
Selamatkan daku sekarang juga.
Rehatkan aku disisiMu.
Keseorangan dilahad dunia demiMu lebih bermakna buatku.
Selagimana aku kekal bersamaMu.

2 comment:

Umairah
at: October 13, 2011 at 8:52 AM said...

Sesungguhnya kita milik Nya. Kita sentiasa lupa akan Dia. Kita sentiasa jauhkan diri dari Nya. Ayuh kita teruskan langkah kepada Nya.

a.j. says:
at: October 13, 2011 at 3:32 PM said...

ayuh. mari kita!