Search

-

Content

3.16.2012

Ketenangan Dalam Perjuangan



Tiada yang lebih menyedihkan buat diriku lebih dari perpecahan ummat islam di zaman ini. Mengikuti masalah perpecahan jemaah ini, pernah membuatkan diriku hampir putus asa dalam perjuangan. Dan perkara ini sungguh menyedihkan sehinggakan pernah aku berkata pada diri "aku akan tinggalkan pertembungan ini, dan beramal kepada kebajikan anak2 yatim, jauh daripada manusia yang berjemaah yang mengelirukan"

Tetapi terlintas dihatiku, dengan nikmat Allah yang diberikan, kekuatan fizikal, mental, ekonomi dan spiritual, adakah wajar aku lari dari masalah. Biarpun hampir putus asa, tetapi kini aku masih bergerak, dalam masa yang sama berhusnuzan dengan masa depan yang cerah. Bahawa islam akan bersatu kembali, kerana ia janji Allah. Polisi hidupku, jemaahku adalah Sunnah wal Jamaah dan mereka yang merasakan diri mereka muslim dan nekad mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun pada ijtihadnya bebeza, aku akan jayakan dakwah dan misi mereka di mana sahaja mereka berada, dalam wadah apa sekalipun, semampu diriku.

Berbeza pendapat adalah perkara yang biasa, dan pada lumrah fiqah yang kian dinamik, perbezaan pendapat adalah pasti. Tapi bagaimanakah kita berinteraksi dengan perbezaan ini adalah sesuatu wajar untuk dipersoalkan. Selepas lama meneliti, jemaah-jemaah yang ada, hampir kesemua beraspirasikan fikrah yang sama. Berwasilahkan pasak-pasak yang sama. Sehinggakan materi dan bahan taujih pun hampir sama.

Bukankah kita memanggil pada Allah SWT, alangkah baiknya jikalau kita mampu bekerjasama, persaingan adalah sihat, tetapi persaingan boleh juga menjadi counter-productive. Aku seorang muslim, aku berbincang, merancang, dan berkongsi penat lelah, suka-duka sesama sahabat semuslimku, sepertimana sakitnya kaki dicubit, tangan akan terasa. Bukankah kita semua satu family?

Tidak mengapalah jikalau saya tidak dimajukan didalam jemaah kerana tidak mampu memberi commitment yang eksklusif, cukuplah saya sebagai muslim membantu setakat mana yang anda yakin terhadap saya. Akhirnya semua yang ada hanyalah wadah, platform jemaah yang keluar dari muslimin. Jemaah minal muslimin.

Kerana jemaah yang pasti buatku adalah sunnah wal jamaah. Merangkumi segala sesuatu aspek seperti mubaligh, siasah, pembinaan daulah dan juga pembangunan rijal. Menyampaikan sunnah Rasulullah pada semua tanpa peruntukan eksklusif, bukan atas dasar ukur taraf agama mahupun atas bangsa. tetapi buat semua yang aku temui, inshaAllah. Dakwah buat yang jauh mahupun yang dekat pada tuhan. Melayu, cina, india, muslim dan kafir.

Dan diriku tenang dengan pilihan hidupku. Di mana sahaja ada yang bertembung dan bersengketa, saya tidak akan bersama. Maaf saya undurkan diri. Maybe its time for us to sit and talk like an adult.

0 comment: