Search

-

Content

3.15.2012

Tawaduk dan Ikhlas



Melihat kepada anak kecil, hati jadi tawaduk akan betapa sucinya mereka berbanding kita,
Melihat mereka yang tua, hati menjadi tawaduk akan betapa kurangnya amal kita berbanding mereka.
Melihat sahabat bertatih membaca quran, hati menjadi tawaduk ganjaran mereka dua kali ganda kita.
Melihat sahabat fasih membaca quran, hati menjadi tawaduk akan betapa besar anugerah Allah kepada mereka.
Melihat pada yang kaya, hati menjadi tawaduk akan betapa banyak amal jariah mereka.
Melihat pada yang miskin, hati menjadi tawaduk akan betapa sayangnya tuhan atas mereka dari fitnah dunia.

Apabila syaitan melihat penciptaan Adam,
berkata mereka
"Mengapa perlu aku bersujud, sesungguhnya aku dari api dan mereka dari tanah,
Sesungguhnya aku lebih mulia dari mereka"

Bagaimana boleh hamba Allah merasakan diri mereka lebih hebat dari sesiapa,
Bagaimana mungkin hati menjadi ikhlas dengan perasaan bangga dan takabur atas kelebihan diri,
Bagaimana mungkin hati menjadi ikhlas dengan pandangan hina atas kekurangan manusia lain,

marilah kita beramal jama'i dengan ikhlas,
ikhlas yang lahir dari tawaduk diri,
kerana pada penghujungnya,
mad'u dan amal yang banyak tidak membawa ke syurga,
melainkan yang ikhlas dan suci sahaja.
Dan hanya yang tawaduk mampu mencapai ikhlas
ikhlas yang bebas dari riak ujub takabbur dan memperkecil dan memperlekeh manusia lain.

Mari bergerak menuju kebaikan,
kerana akhirnya islam akan bersatu,
Dan janji Allah pasti berlaku.

...

Jaga hati jaga iman
Jaga hati jaga iman
Jaga hati jaga iman
Sunnah Rasulullah yang kian dilupakan.


0 comment: