Search

-

Content

11.06.2012

Bersyukur Sejenak



Hari ini melawat sebuah rumah iban revert. Shoplot back alley, rumahnya tidak lebih besar dari setengah size bilikku. 1 katil kongsi 6 beranak. Isteri berpisah kerana tidak ingin bersama dalam islam. Kerja menghantar sayur 7 hari seminggu. Sebulan RM800 gaji, cuti sehari potong gaji 2 hari. Biarpun serba kekurangan, tidak meminta dan rajin ke surau. Walaupun tidak mampu bersolat, tetap datang bersolat, kerana katanya mendapat ketenangan walaupun kecetekan ilmu hanya mampu mengikut-ikut sahaja semasa jemaah. Katil ambil dari pembuangan sampah dan TV pun juga. Di luar pintu rumah pula, sekelompok manusia bergaduh dengan parang. Dhaif dan tidak selamat dengan berbagai masalah masyarakat.


Sudah masanya untuk diri ini mengucapkan Alhamdulillah seikhlas dari lubuk hati. Kerana banyak sahaja cara Allah mampu menduga manusia, sedang kita tidak melalui apa yang orang lain lalui. Seorang bapa inginkan didikan agama buat anaknya, tidak mampu kerana kecetekan ilmu, tidak mampu membaca, tidak mampu menghantar ke kafa atau kelas mengaji kerana tidak cukup pendapatan. Sedang yang berilmu sibuk melayan diri dan mengejar cita-cita, Apa pula nasib mereka yang mencari hidayah tetapi tidak mencapai kemampuan?


Semoga diri ini mampu mencapai mampu, agar ramai lagi dapat mencapai mampu. Innalillah, wainna ilaihraji'un, kerana Allah kita disini, kepada Allah jua kita kembali.

0 comment: