Search

-

Content

5.25.2015

2nd Anniversary



Alhamdulillah, hari ini tepat 2 tahun bergelar suami kepada seorang isteri yang begitu penyayang dan membangkit iman, dan 1 tahun 3 minggu bergelar seorang bapa kepada Ahmad Solehuddin yang diharapkan menyambung legasi Solehuddin Al-Ayubi satu masa nanti.

Harapan seorang bapa yang bercita-cita tinggi, inginkan seorang mujahid, mujtahid, dan muttaqin yang berjiwa besar lahir dari sulbi yang solehah, dan menjadi pewaris obor Nur hidayah yang menerangi alam satu masa dahulu, untuk kembali menerangi semula alam ini. Seperti mana sebuah pasu liat, terbina dari segumpal tanah liat yang tidak bernilai yang dibentuk oleh tangan dengan penuh kasih sayang, berhati-hati, cermat dan berperingkat. Akhirnya, terbentuklah pasu yang mampu menampung beban kebaikan dan dihiasi akhlaq tarbawi yang menarik setiap insan biarpun seorang musuh. Moga-moga menjadilah dia insan yang bernilai seperti sebiji batu-bata kukuh didalam kerangka besar kebangkitan ini.

Dengan semua kenikmatan yang memberikan segala jenis ketenangan dan kebahagiaan, tidak akan ku lupa, Allah datangkan pertanggungjawaban dan menguji tahap keikhlasan dan kesyukuran. Di dalam setiap kekurangan, aku mencari kesempurnaan dari Allah Yang Maha Sempurna, dan terima kasih kerana memberiku peluang memperpanjangkan hayat amalku sehingga yang terakhir dari cucu-cicitku yang beriman.



"Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa". (QS. Al-Furqan: 74).


Ya Allah, kabulkan!

1 comment:

TheSyabab says:
at: May 25, 2015 at 3:13 PM said...

Love you fillah Abu Soleh.